Monday, 31 December 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013!!


Tora datang lagi!!! taraaaa!!! chaaaakk!!! ....haramjadah betul da berhabuk blog aku nie dek akibat tiada masa..hahahaha macam dajei alasan..orait2...malam nie kul 12 bermulalah kalendar baru dalam bulan kuda da ma cai..bukannya kalendar kaum mayan!! bukan!....banyak suka duka yang berlaku dalam tahun 2012 yang lalu....antaranya...kehabisan study aku di politeknik perlis,,.soalan exam s.p.a  tahap planet nameck, malaysia kalah piala sujuki,, filem hantu botol kicap yang cam menatang,,.setan merah disunatkan dan yang paling terfakktab adalah ramalan kiamat 2012,,,,puihhhh...

seperti biasa,,sebagai insan yang normal dan mengamalkan norma-norma kehidupan,,semestinya aku juga mempunyai azam untuk tahun 2013 kelak...pada yang dah ada balak nama azam tu tak payah bising la...dan ini bukan azamuddin akillah yang skuad malaysia tu..ini adalah azam untuk mencapai satu tahap kehidupan yang tertinggi berbekalkan semangat yang jitu serta menigkatkan daya saing sosial....hurmm..lantakla..aku pun xtahu nak terangkan macam mana..hahahahhaha

sepertimana abam rooney yang berazam membetulkan stigma shrek yang sudah sebati dengan dirinya dengan menanam rambut , begitulah juga aku...tak payah nak berazam beria-ria..cukupla sedar mampu dicapai...arghhhh..sebenarnya aku malu nak cerita azam tahun baru aku..hihihihi (blushing)..

puihhhh...

sebenarnya azam aku sikit je...ishhhhhhh..malu plak orang baca..hahahaha..orang kata kalau nak berjaya,jangan malu nak berangan...urmmm entah..aku xtaw betul ke tak pepatah tu..haha..ok-ok serius-serius...sebenarnya azam aku tahun depan adalah untuk menukar status aku daripada pengangur terhormat kepada pelajar sepenuh masa...itu je..bulan dua nie aku ada exam n aku cba try yang terbaik..doakan aku..... disamping itu tak lupa jugak azam dalam dunia pemancingan ikan..tahun 2012 membawa banyak kenangan menaikkan ikan bersaiz gadak..harap tahun 2013 memberi rejeki yang lebih kepada anak-anak..hihi


hurmmm..tu jela kot..aku tak boleh bayangkan kalau aku jadi seorang penulis belog yang serius..hahahahahahahhaha.segala terkasar bahasa, tergaduh dan pelbagai 'ter' lagi..aku mintak maaf..kalau boleh buat muka macam suarez aku da buat da...hahahah okey2..pada yang sambut new year kat pd ke,,melaka ker,,dataran s.alam ke...take care n HAPPY NEW YEAR!!!





nie pun termasuk dalam azam..kihkihkih..

























INI SANGAT BEST!!!

Monday, 19 November 2012

memancing atau sinonimnyer mengair..


memandangkan musim sekarang nie member-member baru nak setat jadi taik mancing..nie ada sedikit maklumat mengenai nama dan teknik memancing..


Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.

Popping – Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.
Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.

Jigging – Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.

Bottom fishing – (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.

Drifting – (menghanyut) umpan terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.

Trolling – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular dilakukan siang hari.

Wednesday, 14 November 2012

Aku Sedih?? ahhhh..terfaktab jer....


dari tajuk dah gempak da..tengok rasa macam nak baca je..hahahahah banggang betul.. Hari ini kita semua bangun kepada pagi yang sejuk dan nyaman, unggas berkicauan dan terbang riang, kucing dan anjing berbaik-baik, marukku merupakan makanan ruji minggu ni, LRT berjalan lancar, drebar teksi sudi membawa anda ke destinasi yang dituju dengan menggunakan meter sementara bos tidak pula bising bila anda masuk lewat. Semuanya kerana manchester united dah klinsman..

they said ours shirt like tablecloth..remember this..where the place of tablecloth??
 of course 
TOP OF THE TABLES!!

meroyan ape tak memasal je up m.u..hahahaha...booooo boooooo...macam lembu united pun ada..hihihi.. xdala..itu cuma intro je..biasa lah..mestila kene up skit-skit....sikit2 boleh la...yang penting jangan lupa malam nie harimau malaya ada game dengan Hong Kong..semenjak dua menjak nie aku jarang update blog,,bukan ape..maklum la dah jadi penanam anggur yang berjaya nie kompem la busy sikit.hihihii walaupun "ku akui" aku sntiasa hepi dalam setiap post aku..tapi jauh dalam lubuk hati...aku sebenarnya sedih,sedih yang teramat sangat...ayat tak boleh blah la..hahahaha ok-ok..serius...tetibe je hidup aku mula rasa terfaktab....tak apa lah..yang banggang tu biarkan dia terus membanggang.,,biar miskin rupa,jangan miskin ilmu...kepada para haters yang  xda keje membaca post nie..macam biasa..only two sentences.."if you wanna play with hacker,,u must pay more time in your life"...that all..

tekperlu la aku meroyan lebih..yang penting SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!!

AAAAUUUMMMMM!!! AUUUUMMMM!!!










INI SANGAT DAN LANGSUNG XBEST!





Wednesday, 31 October 2012

Menjenggo katernyer cuy......


agak lama gak aku xturun ke laut mahupun sungai untuk memancing....bukan pe,cuma kat sini xda banyak port...kalau dah sangap sangat g tala kolam patin kat rantau,n.sembilan....tak pun kat blakang umah nenek member aku...adib...jadi pemancing underground balik la..hahaha...raya hari tu dah merasa jadi taik dah...mancing punya mancing taw2 dah dengar takbir raya...peearrrgghhhh series shahdu shiyal...hihihi 

seperti biasa,,pencinta alam amat gemar mendekati alam..itu adalah lumrah kebiasaan manusia biasa....trip menjeggo mula diatur...rakan taulan dan sepupu sepapat habis di helo.....pada yang tak taw menjeggo tu benda ape,,,adakah sejenis makanan?? mahupun serangga hijau berdarah sejuk,, atau mamalia bertelur dan menyusukan anak??...tidak....bukan itu maksudnye...menjeggo tu lebih kepada aktiviti memburu sesepit biru,,atau lebih dikenali sebagai udang galah....orang tua-tua ada menyebut.."dimana ada udang galah,disitu ada buaya"..hihihi itu yang sedikit merisaukan aku...bukan ape..trip kali nie bakal dilaksanakan kat sungai timun dengan menaiki bot..,,,naik bot lebih nyaman katernyer...bepikir seratus kali jugak aku sebab hasil penyelidikan jabatan perhilitan negeri sembilan mendapati,terdapat kira-kira 3 ribu ekor buaya di sungai timun???? ffffffffffuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu kejadah ape semua nie.....ermmm dah nama pun memancing..tak sah kalau tak da cabaran...pada member-member yang agak-agak free pada 2.12.2012 nanti leh la same2 kita menjeggo..mungkin ada otai yang turun skali...aku??? tabahkan hati n buat-buat berani je..sebab aku ada pengalaman pahit naik bot nie..huhuhuhuhu tu jela kot..adios!



air yang tenang jangan disangka tak ada sang bedal..hurmmm..layan jela cuy!




brengggol tengah menhimbik katernyer...




mamat nie yang beriya-iya ajak aku..siap marah aku lg...nasib baik ko sepupu aku..kalau x,,memang tak lah kan aku nak ikot...memang la nyaman..tapi kena sampai 7,8 jam atas bot memang pudui cuy!



sepupu aku yang sekor nie tak payah cakap..tahap taik dah nie...hahaha setting cantik-cantik....dua haribulan kita layan...















INI SANGAT BEST!!!






Monday, 29 October 2012

Menyu menang????



selesai game malam tadi diantara menyu n chelshit....tweet,fb,blog bagai dilanggar orang mabuk todi..itu adalah kebiasan biasa sebab semua orang nak jadi commentator...kejadah apa chelsea kene sampai dua red card???? ...ermmm biasa lah..dah nama pun SETAN..menang dengan cara keji tu biasa lah..ape nak heran sangat...ramai orang malaysia aku tengok lahir kat london n manchester...saudara seislam dibabikan...puiiiihhhhhhhhhhh pergi stamford bridge n old trafford pun xpernah..tak payah nak taksub sangat lah...walaupun aku fans menyu...tapi sejujurnya reff malam tadi sangat mengecewakan...habis rosak game yang sepatutnya best..tapi tu lah..reff juga manusia...mesti buat silap...tak payah la fans chelshit bahan reff tu....reff tu jugak yang bagi kad merah kat evans time menyu kena tibai 6-1 dengan maksiti....apa ada hal??? 

ceitttt..pahal plak aku yang jadi commentator..tapi betul la...perjalanan game masih panjang..tapi malam tadi van persie memang style lah.(first half jela).hahahah (macam siak je up team sendiri)..hahaha tak ada lah....game malam tadi menyu sepatutnya seri je tu..xpun kalah.,,menyu kantoi klimaks awal n chelshit plak baru nak klimaks n pegawai agama islam datang,,..hahaha pape pun...tak puas ati rabu nie ada carling cup..menyu akan lawan chelshit lagi...meroyan la habis habisan..sampai mampus pun chelshit n menyu tetap akan lawan...so ape ada hal??? chelshit control game ape..respek sbb da tinggal 9 org pn still menyerang..x mcm liberpol... liberpol tak menang n duduk no12 rileks je...hahahaha liberpol memang la sebab banggang abadi..dahla..cool down.....kita cuma fans...walau sakit hati macam mana pun..bukan kita yang main,,bukan negara kita n bukan tempat lahir kita...kita cuma boleh menyokong dan terus menyokong....ini lah dinamakan hiburan...so lets fakap your life!!







hahahahahhahahahha































Thursday, 18 October 2012

Aku Yang Tersakiti - Judika

agak lama gak aku x menghupdate blog angkara kerja yang memenatkan...dengan tenet pun xda...puas hack wifi jiran sahabat handai tapi still xdapat online dgn sempurna sbb x cukup booster.sob..sob..sob..:_(....anyway lagu nie lah yang slalu aku dengar time aku buat keje....layan feeling sorang-sorang bile keje...dengar lagu nie..aku xkn lupakan keje aku..yeahh...fakap ur life!





















INI SANGAT XBEST~!!!!!

Sunday, 30 September 2012

Kod Rahsia Dalam Android..

Selamat petang....gua taw sekarang berlaku lambakan android di pasaran...banyak smart phone skrang guna android...android dihasilkan oleh syarikat freeware, linux...hurrmmmm dah satu hal plak gua nk storykan pasal sejarah android...kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal sejarah android leh klik DISINI...gua pkai version  2.3.6 ok je gne kod nie..android bersi lain gua xtaw la...
cakap banyak pun xguna..penat otak korang nak hadam je...tengok la sendiri ai..




Kod Rahsia Dalam Telefon Pintar Android..

1. Tests

- *#*#0588#*#* – Ujian jarak sensor

- *#*#2664#*#* – Ujian skrin sentuh

- *#*#2663#*#* – Versi skrin sentuh

- *#*#0*#*#* – Ujian LCD

- *#*#0673#*#* OR *#*#0289#*#* – Ujian melodi/irama

- *#*#0842#*#* – Ujian peranti (Device) [Ujian getaran dan ujian latar]

- *#*#3264#*#* – Versi RAM

- *#*#0283#*#* – Paket Loopback

- *#*#232331#*#* – Ujian Bluetooth

- *#*#232337#*# – Tunjukkan tempat peranti Bluetooth

- *#*#232338#*#* – Tunjukkan tempat MAC Wifi

- *#*#1472365#*#* – Ujian GPS

- *#*#1575#*#* – Satu lagi ujian GPS


2. Mendapatkan Maklumat Firmware.

- *#*#1234#*#* – PDA dan telefon

- *#*#1111#*#* – Versi FTA SW

- *#*#2222#*#* – Versi FTA HW

- *#*#44336#*#* – PDA, Phone, CSC, Build Time, nombor Changelist

- *#*#4986*2650468#*#* – PDA, Phone, H/W, RF Call Date


3. Sokongan

- *#*#273283*255*663282*#*#* – Menu di mana anda boleh membuat fail sokongan anda


4. Mode Perkhidmatan

- *#*#197328640#*#* – Anda boleh menukar settings atau jalankan ujian dalam mode perkhidmatan


5. Tukar ”End Call / butang Power”

- *#*#7594#*#* – Tukar “End Call / butang Power dalam telefon anda


6. Reset Telefon

- *2767*3855# – Digunakan untuk reset semula telefon anda kepada setting yang asal. Berhati-hati kerana kod ini mampu memadamkan semua file dan setting anda sebelum ini.

- *#*#7780#*#* – Menjalankan semula setting yang asal selepas di reset dan membuang akaun Google yang di simpan di dalam telefon anda, muat turun aplikasi, sistem dan data-data aplikasi dan setting.


7. Maklumat mengenai telefon anda.

- *#*#4636#*#*- Tunjukkan kepada anda: informasi bateri, sejarah bateri, maklumat telefon, dan statistik penggunaan.



credit: Pen Patah..

Sekitar Ujian Bertulis Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29..



Pertama skali nk ucap takziah kepada Pa'an n family atas kepergian adik Muhd fatih yang pergi menghadap ilahi jumaat yang lepas kerana kanser...diharap beliau tabah menghadapi dugaan hidup...setiap yang benyawa pasti merasai mati..alhamdulillah arwah pergi dalam ketenangan berkat hari jumaat...




al-fatihah....moga ditempatkan dikalangan org yang mulia disisinya..





baru aku taw abg chelsea...adik setan merah....ingat paan..jangan sesekali membenci lembu united..aku jmpe dlm album pic facebook arwah... 




Firstly aku nk cakap..boleh tahan gak exam spa nie..dimana ia memerlukan kekuatan akidah dan mental untuk menghadam setiap soalan yang diberikan..semalam aku telah menghadiri peperiksaaan ujian bertulis Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 kat Melaka..boleh tahan terfaktab jugak la kan....ujian terbahagi kepada 3 bahagian...ujian pengetahuan am dan umum,, daya menyelesaikan masalah dan kemahiran logik n personaliti diri...agak goyang gak la kan bile tengok orang2 yang ambil exam kepala da botak tengah je ramai..hahahah dalam otak aku pikir brader2 nie mesti coding cekang punye..hahahaha..sempat jugak la kenal-kenal org kan....laki je....interframe nama skit...terutamanya fauzi dari muau,johor..aku lepak ngn dia je...
...


antara soalan-soalan killer dan entah pape exam semalam..



pemandangan dari table aku...





TIDAK BENAR!!!




kejadah ape soalan sampai 185..dahtu a,b,ngn c je boleh pilih..




hahahaha yang nie boleh tahan lagi..tapi yg kat bawah nie..




puas aku balik n cuba hadam soalan nie..kejadah ape semua nie??? hahaha macam-macam..xsangka ada jugak soalan lg susah dari coding...hahahahahha



kita kembirikan exam semalam yang boleh tahan entah pape tu...esok aku da stat bermastautin di tempat yang jauh untuk mencari sesuap nasik..yela..sapa nak bagi anak bini aku makan kan????  (taik kau la ai..pui.)..tak pe lah,,cari pengalaman...bukan nak keje sampai tua pun...bukan pa aih...cek segan mok pok duk huluq duit ja....pelaq pungkuk ang la duk ckp utagha padia...sedih plak nak meninggalkan bantal busuk yang telah lama menabur bakti dan juga streamyx.....streamyx??? ye....pasni da xboleh nak online slalu...huhuhuhu..yela..yang penting kene semangat untuk hari esok..yeahhh lets fuckup my life!!





yeahhhh..






































INI SANGAT BEST!!!

Sunday, 16 September 2012

Sedih,,..Kecewa,,Hampa..

minggu yang paling terfaktab bagi gua...apesal lah kesialan selalu menghantui hidup..arghhhhhh..SERIUS gua jeles kat korang sebab dapat sambung belajar...hahaha rejeki masing-masing...gua yang tanam anggur nie perlu meneruskan liku-liku kehidupan....walaupun berat hati...tapi terpaksa jugak gua telan sebab itu sudah termaktub..gua terima dengan hati terbuka yang gua loser....maka dengan ini..terpaksalah gua membazirkan setahun usia gua untuk mintak sambung blaja lagi tahun depan..hurmm  =_(

persetankan semua masalah...gua harus tanamkan semangat..''org yang berjaya pada hari ini,sejarah hidupnya pasti pernah gagal"...itu jela ayat yang mampu sedapkan hati gua yang memang xsedap nie...,,gua xboleh hilang semangat kejar cita-cita gua...cammon der...lets fcuk up ur life!! yeahhhhh!! 


tapi allah tu maha adil...terima kasih allah sebab bagi sedikit rasa suka ketika gua tengah berduka...walaupun tak dapat sambung study ...malu tu tak payah cerita lah..kemana lagi hendak diletak muka..ceit!!! ..apa guna dipandang benda yang dah jadi,,lets jom pikirkan apa halangan yang menanti,,teruskan usaha selagi kamu belum mati,,biarkan yang lepas menjadi mimpi...jadikan angan-angan satu realiti...usaha gua takkan berhenti disini..huhhhh..xbleh blah ayat gua...hahaha

kefafian ape tengah sedih boleh buat-buat happy!! hurmm......pape pun korang tolong doakan gua k...itu pun dah cukup...duapluhsembilanharibulan ni gua ada interbiu s.p.a untuk jawatan penolong pegawai teknologi maklumat..walaupun gua tak berapa yakin sebab F29 nie memang jawatan untuk programmer..tapi gua akan try buat yang terbaik...sayup pulak hati gua bukak nota-nota lama...dalam hati,,setiap masa gua pikir..betul ke gua nak kerja nie..haha layankan aja..ni je peluang yang ada...dapat alhamdulillah..tak dapat anggap ni pengalaman.gua rela telan semua nie hidup-hidup...bak kata Abang Pa'an....just follow bebeh...

#lamatakmenghupdatesebabotaksemak..
xdilupakan jugak tahniah pada yang dapat sambung belajar..




caiyok2!!!









XBEST MANA PUN..hurmm




Tuesday, 4 September 2012

Mengsnok di petang raya..



agak lama blog nie menyepi...sebab semangat gua untuk menaip dah berkurang...gua dah tak suka bercerita mcm dulu...ok2..memandangkan lepas habis diploma gua tak ada benda nak buat...gua telah ditawarkan untuk menjadi pegawai fama di negeri sembilan...fama,,bukan pama...mereka hendak membuat tanaman komersil,,katanyer penduduk di malaysia ni dah muak sangat,,asyik-asyik pisang je,tak pisang cempedak,,tak cempedak buah mangga....senang cerita..alik-alik buah tu jugak yang fama duk komersilkan..oleh dengan rasa tanggungjawab serta dedikasi yang tinggi..gua telah menyahut hasrat kerajaan melalui fama dengan slogan "PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN"...gua bercadang ingin melestarikan tanaman anggur di malaysia..untuk sekarang gua dah tempah 15 ribu anak pokok anggur tanpa biji dari yugosalavia...hasilnya sungguh memuaskan dimana anak-anak anggur tadi mula menyesuaikan diri dengan habitat di malaysia yang beriklim panas lembab serta boleh hidup dengan diberikan baja tahi ayam sahaja...hurmm..pendek cerita..gua sekarang menjadi penanam anggur yang berjaya..hihihihihihihi (gelak jahat)


ermm..apa kene mengena cerita pasal anggur dengan tajuk post nie??? xda kene menenge pn sebenarnya..saje stori je..hahahaha sebenarnya agak lama gak gua tak bersnook...atau bahasa budimannya mengsnooker..hahaha tetiba plak member gua ajak..agak lama gak gua tak lawan dengan member gua nie..maklum la..semuanya sambung study n ada yang dah jadi akauntan..tapi serius gua cakap..tangan dah macam tak berbedung dek kerana terlalu lama tak berpleasing..permainan snooker memerlukan kita berfikir kehadapan serta memikirkan akibat dan natijahnya jika kita angkong,berhutang mahupun bola minum...senang cerita...ia memerlukan daya kretiviti tumpuan yang tinggi disamping menggerakkan otak kiri untuk memberikan hasil yang jitu..arghhhhhh ..gua plak yang pening...senang cerita ,,ia sama macam belajar fizik...hahahahahaha apa-apa pun gua enjoy sebab dah lama gua tak bergelak membesar dengan kuatnyer..gua akhiri post gua dengan serangkap pantun..

sejuk sungguh petang ini ye,
selamat hari raye....

hahaha mcm banggang je..kihkihkih..ok2...adios!!




ijat bukan nama sebenar..




sukri pun pun bukan nama sebenar.





ijat dan sukri bersama-sama bukan nama sebanar...hahahaha..


hurm..gambar gua mana??? memang la xda gambar gua..dah gua tangkap pun curi-curi....lgpun gua x suka tngkap gambar smbil buat-buat main..mcm banggang je...takut suir nanti..ha
haahahah









dah..jom tido..cejuk nie...kahkahkah












INI SANGAT BEST

Saturday, 1 September 2012

Manchester United All Transfers 2012-2013

ini merupakan senarai penuh pemain keluar masuk untuk team terulung Manchester United....seperti kebiasaan manusia biasa...setiap tahun pemain semestinya silih berganti...itu adalah lumrah kejadian alam...setiap yang datang pasti akan pergi....bila masa dan keadaan je yang kita xtahu...kita yang masih bernyawa nie teruskan lah meyokong...huhuhu cakap banyak-banyak pun xguna...pada fans Manchester United tu boleh la hadam post nie..



The Deal (selected)


Warga neraka Old Trafford yang baru....




 ROBIN VAN PERSIE



amat jarang sekali m.u beli player star sehebat Robin Van Persie..kapten arsenal ni dibeli dengan harga 23 juta pound..mungkin pak alex dah penat melayan player budak-budak yang kejap perform kejap tak..player berusia 29 tahun nie merupakan pemenang anugerah kasut emas penjaring terbanyak season lepas....nasib baik mamat nie tak jadi macam abam toreh...tak payah tunggu lama nak gol....moga abam persie mampu menjadi setan yang digeruni di old trafford,,sama seperti abam roni..




SHINJI KAGAWA



Shinji Kagawa..player berusia 23 tahun nie dibeli daripada kelab yang memenanggi liga german season lepas.. Borussia Dortmund dengan harga 12 juta pound..bermain di posisi midfield....gua tak faham kenapa orang sibuk bandingkan dia dengan hazard...dua-dua player berbeza..hazard lebih kepada mutu skill dan kagawa lebih kepada midfield perancang..ia sama macam bandingkan ribery dengan xavi....pape pun diharap player jepun nie mampu menyinar sama seperti park ji sung...akhir kata..selamat menjadi ahli neraka old trafford!




NICK POWELL


Nick Powell,,player midfield yang beharga 4 juta pound ini dibeli daripada Crewe Alexandra,,kelab divisyen dua liga inggeris...berumur 18 tahun (xdak muka budak pun.hihi).. mamat nie memang tidak asing di england kerana selalu mewakili england bawah 16, bawah 17, dan bawah 18 tahun..memandangkan musim lepas man united lemah dibahagian midfield..tidak hairanlah jika musim nie pak alex banyak merekrut anak setan yang mampu bermain di posisi midfield..nak harapkan scholes tua tu memamg sampai kapan la kan..hak3.




ALEXANDER BUTTNER


'Evra sudah tua'-alex ferguson...memandangkan evra kian dimamah usia...dah lapan tahun tak ada sapa yang mampu mencabar posisi defend kiri m.u....pak alex telah membeli Alexander Buttner daripada kelab belanda, Vittesse.. Buttner dibeli untuk menjadi pesaing evra sekaligus bakal menjadi penganti evra masa hadapan kerana mamat nie baru berusia 23 tahun..gua xsabar nak tengok mamat nie main sebab 
pak alex kata mamat nie bagus dalam menyerang dan laju turun untuk bertahan...tak tahu lah kan..mohon menjadi setan yang digeruni satu hari kelak..




ANGELO HENRIQUEZ



player kelahiran Chile yang baru berusia 18 tahun nie dibeli daripada kelab universitad de chile dengan harga 4 juta pound...dari kecik mamat nie merupakan pemain tennis sehingga lah berumur 12 tahun.gua pun tak paham kenapa mamat nie stop main tennis...hahaha bermain di posisi menyerang...dikatakan mempunyai cara bermain seperti van nistelrooy...pearghh..main macam abam van nistelrooy takpe..janji jangan jadi mcm dia sudah....btw..WELCOME TO MANCHESTER UNITED..







SEMENTARA ITU..




Antara setan-setan yang telah insaf..(keluar).



DIMITAR BERBATOV
(Man United to Fulham)





PARK JI SUNG
(Man united to Queens Park Rangers)


player asia pertama yang main final champions league.



TOMASZ KUSZCZAK
(Man United to Brighton)





PAUL POGBA
(Man United to Juventus)


player muda yang xsedar diri..dia nie main dahla macam nani..sambung kontrak mintak gaji tinggi..kan da kene jual..








itu jela kot..ada lg player yang pindah..tapi korang bukan kenal pun..hahahha











GLORY-GLORY MANCHESTER UNITED!!!





























Friday, 24 August 2012

Trip Raya Katenyer..

pepatah melayu ada menyebut..."kalau kail tuan panjangnya sejengkal,jangankan laut dalam hendak diduga":...oleh kerana kail aku panjangnya lapan kaki...so aku kene lah layan air tawar..hahahahahaha..memancing merupakan satu hobi yang mampu memupuk semangat kesabaran di samping keluar mencari rezeki...dikala seluruh umat manusia menumpukan perhatian membuat persiapan untuk hari raya..kami cucu-cucu ramlah akin leka memancing ikan di rantau..negeri sembilan..seperti biasa...kepalanya mestilah zaidi hassan bersama bini nya..hahahaha...jenggo tak menghimbik membuatkan aku bersama sepupu aku nekad pergi mengemaskan ikan-ikan disitu...

post ini mahu menceritakan pengalaman aku bersama sepupu-sepapat g mancing di malam raya...dengar macam banggang je..tapi itu lah yang terjadi jika terlalu tegar tak boleh diajar katenyer..dari pukul 1 pagi sampai lah ke pukul tujuh...senang cerita.balik mancing terus g semayang raya...hari raya semua mata stim nak tido je..hahahahahaha..tapi best jugak meluangkan masa lepak-lepak,gelak-gelak dengan sepupu.. serius memang ada feel lah mancing sambil dengar takbir raya..oleh kerana kami mempunyai naluri tanggungjawab yang tinggi,,dengan rendah hatinya kami tolong mengemaskan patin dan keli yang mencakop-cakop minta dibuat lauk raya..hahahahahahahaha kita lupakan seketika tragedi sauk menyauk dengan menghadam gambar-gambar nie..kahkahkahkah




patin rantau raya katenyer..




persiapan ala kadar yang mampu membuahkan hasil yang agak lumayan..yang penting ada resepi rahsianyer..huhuhuhuhu




amir (bukan nama sebenar)..bersama lesen patin nyer..hihihi..




satu pose comel daripada zaidi hassan...pembancuh berbakat besar..




menghimbik katanyer cuy!!






antara hasil tangkapan..









3 ekor patin pening raya bersama seekor keli sesat...




antara keli-keli yang berjaya dikemas dimalam raya..macam cendol cuy!!!





still tak boleh lawan mamat nie..huhhhhhhhh






pencinta alam @ zaidi hassan bersama patin meganyer...huhuhu









pape pun..INI RAYA YANG SANGAT BEST!!!!




















Ukays - Lepaskanmu Kerana Terpaksa



tetiba malam nie rasa nk layan lagu ukays sblum tido plak...hurmm..layan..

Friday, 17 August 2012

Keep Calm..

satu kabar gembira daripada kem setan merah,nak-nak lagi dekat-dekat raya nie...seperti biasa..kerja setan adalah menghasut seluruh umat manusia ke lembah yang hina..dan hari ini bertambah la bilangan anak setan yang ada di old trafford..mampukah setan sekor nie skor bebijik gol musim ni?? mahupun jadi sehebat torres di chelsea?? ..setan betul kau setan!! welcome to Manchester United RVP!!! 



bawa bertendang...mampukah gandingan rooney n van persie jd gandingan terbaik epl?? tunggu dan lihat..




yeahhh!!!



fokka hell mama yeahhhhhhh!!!





xsabar plak nak tunggu setan nie main...harap die xkisah pakai baju kain pelekat...walaupun dia dah lepas medical check..tpi aku tetap xpuas ati slagi pak alex belum bg kain pelekat kat dia.. 







SELAMAT HARI GHAYER!! - setan bersaudara.





Wednesday, 15 August 2012

Lorong kenangan...


inilah lorong yang amat takut untuk dilalui..hanya yang mengalami mampu merasai...inilah lorong yang dipanggil 'mengstore'..banyak kenangan kat gambar nie....milo,,pempers..kotak,susu tin..hahahaha..sial..gambar nie menceritakan segala-galanya....hahahaha



 yeah!!..kenangan yang xmungkin dapat dilupakan!! huhuhu





















INI SANGAT BEST!!!

Monday, 13 August 2012

Hati menangis siapa yang tahu...


gua tak tahu nak cakap pe...hati gua hancur sangat-sangat..gua cuba gak senyum tapi tetap xboleh..terima kasih sebab sakitkan hati gua...tak apa..gua tak kisah..maintain ok je...sumpah gua cakap..sampai mati pun gua tak nak tengok lu punya muka..air mata gua mahal untuk kejadah semua nie...shit....apahal gua sedih sangat nie...gua nak lari dari semua nie...sial lah..haakkkkhhh tuih!!!!!






leleki sejati tidak akan menangis, tetapi jika dia menangis maknanya dia benar-benar sedih.....













fuck off ini langsung xbest!!