Wednesday, 29 February 2012

Selamanya kamu tidak pernah menjadi mantan....

post ini ditujukan kepada seorang kekasih yang pernah hadir mengubah hidup aku...sayang hari tak selalunya cerah..terima kasih kerana hadir dalam hidup aku walaupun hanya seketika..al-fatihah~~~


hari itu segala-galanya berubah,
segala kepercayaan dan cara penilaian aku trhadap hawa,
dua lapan februari dua ribu enam,
bermula segala perasaan yang luruh,
tercicir segala cara hidup yang dipegang,
hilang semuanya yang selama ini tidak berenggang,

hari ini mungkin engkau melihat aku,
bukan aku yang kau lihat dahulu,
juga tiada baran seperti yang kau lalui dulu,
angkara sikap amarahku,

tetapi sesuatu yang tidak pernah hilang,
betapa dirimu terlalu aku sayang,
biarpun hati ini mula dicuri orang,

aku mahu dikau bahagia disana,
tempat yang aku sendiri tak pasti entah dimana,
pergi menghadap tuhan yang esa,

aku tidak lagi sedih kehilangan cinta,
kerana aku telah menemui bahagia,
tetapi dia tidak membenarkan aku lupa,
cinta antara kita berdua,
cinta yang tidak mungkin terpadam apinya.

mereka semua tidak mungkin tahu,
hari-hariku berlalu tanpa kamu,
kosong,sepi,dan jemu menhantui hidupku..

kini,
detik itu sudah lama berlalu,
biarkan kenangan terus beradu,
tetapi hanya satu yang masih utuh berpadu,
canta aku terhadapmu..

selamanya Nur Fatarajannatanurul Amira~~~






untuk mengetahui lebih lanjut kenapa aku sedih sangat-sangat leh la klik DISINI..kalau taknak tahu tu ko punya pasal lah..

1 comment: