Tuesday, 13 March 2012

Trip bersama 'own fishing crew'....

walaupun hari nie aku rasa penat sangat-sangat,,tapi still kene gagahkan jgak untuk membuat post kt belog xberapa best nih..ermm semalam aku bersama bur,bob n paan telah pergi memancing menaiki bot di kuala perlis...mood aku xberapa best so post aku pn xberapa best lah..hahahaha.. aku rasa nie lah pengalaman paling best dan pahit dalam hidup aku...selama nie pengalaman pahit aku jatuh kat mangkuk jamban..tapi pengalaman semalam memang sangat2 pahit...aku akan menceritakan kronologi perjalanan n pengalaman aku selama berada di laut..pepatah ada menyebut..''kalau takut dilambung ombak,jangan memancing di laut dalam''..hahahaha alhamdulilah aku xbalik tangan kosong..usaha aku berjaya juga membuahkan z*#$r....



6.00 am: aku masih lagi xmampu melelapkan mata kerana ghairah untuk memancing disiang hari...kami bangun awal untuk sahur dan solat berjemaah bersama...huhuhuhuhuhu





7.30am: aku gerak blah dari umah sewa meninggalkan anak-anak dan bulu-bulu...makanan pun da siap tggu masa untuk melantak...time nie mood semua hepy go lucky je,,,dlm fikiran aku cuma ikan je yg ada...hahahahaha aku xpenah pikir pn ape benda yg bakal berlaku..pas tu kiteorg g isi air kat machine air depan taman.(sama mcm trip lumut)...
4 sekawan keluar mencari ikan...


air tawar penting untuk mengelakkan kekeringan air di dalam badan..bob sentiasa memerlukan air yg banyak..

8.30am:  pergi sarapan n trus shot tempat bot kami ditempatkan...sayang air lambat pasang plak semalam...kiteorang kena tunggu sampai pukul sablas untuk air pasang n baru boleh bot bergerak...2 jam setengah tu kiteorg merayau n lepak-lepak je....dalam hati semua penuh bau ikan je..

kd panglima hitam..belen bobby!


budak baru nk up turun the store kangar..xda rupa nk g laut pn..hahahahaha


11.25am: bot sudah boleh bergerak...macam biasa....senyum sampai pipi lah kan,,,seronok naik bot g tengah-tengah laut...hahahahaha xsangka lalu kat port biasa kiteorg mancing sembilang laut..ape lagi..semua gila nak tangkap gambar lah.....hahahahah


tu diaaaaa!!!!


oleh kerana angin terlalu kuat...terpaksa tutup burung untuk mengelakkan ia terbang..hahahahahhahahha


organism sebenar seorang pemancing tegar!!


ombak rindu...

12.10am: mula memukat udang untuk buat umpan memancing,,,sayang ari ahad merupakan hari cuti umum bagi seluruh umat udang..so kitorang nak cari udang,,tapi penuh ikan gelama dipukat...adala 3 kilo,,penuh plastik biru..


memukat udang,,,,aku xkan komplain kenapa harga udang mahal sebab bukan senang nk tangkap udang taw x..

laut berubah hijau sikit bila dah tengah-tengah..


2.30pm: baru boleh mancing di tukun 500,,,umpan hnya ikan kembung @temenung ...lepas 15 minit sunyi tanpa sentapan ikan..kiteorang pindah ke tukun kok..lbh kurang 40km dari jeti kuala perlis..

3.25pm: ikan mula mencari makan..joran bur mengetik-ngetik di pagut jenahak..berbekalkan pengalaman dan  kekuatan tali perambut 70paun,,perlawanan mula berlangsung..oleh kerana bot sudah ke kiri dan kanan...pic n video tidak dapat direcord..tahniah diucapkan kepada bur..


jenahak..huhuhuhuhhu


3.45pm: giliran machine shimano fx4000 paan dipecah dara oleh ikan jerung....sayang ikan tu dilepaskan kerana tali tersangkut bersama tali tekong..

4.30pm...giliran aku mengambil lesen sudah tiba...jampi aku mula membuahkan hasil..berbekalkan skill menaikkan raja muara,,siakap lumut....jerung tokei (org perlis panggil) 2kilo selamba dihayun naik ke atas bot..hahahah ayat kemas..hahahahha




5.00pm: laut mula berombak bila angin bertiup daripada barat daya sambil air di pantai mula surut..disebabkan umpan tidak sempoi..kmi mengambil keputusan untuk berehat sambil menikmati angin laut sepoi2 bahasa...ada krew kami yang mula mabuk laut bila daratan tidak langsung kelihatan..kiri dan kanan semuanya laut dalam..,,perasaan seronok memancing mula hilang dan kami membuat keputusan untuk menangkap gambar untuk dijadikan desktop laptop masing-masing..hujan mula turun membuatkan kami mula risau..


bur gentar tiada...


satu post yang menarik daripada otai kita..sir bobby..


awan yang membawa hujan..


6.00pm: kami mengambil keputusan untuk berehat sementara menanti malam..

syok jgk tgk mamat nie tido kat tengah2 laut..


7.30pm: perkara yang tak diduga berlaku....angin barat daya berubah-rubah,,kejap dari timur n kejap dari barat..ombak semakin lama semakin mengganas...hati aku da rasa lain macam...

8.00pm: air kembali reda...kami mengambil keputusan memancing jenanak menggunakan ikan belanak dan udang kara yang ditangguk...perasaan xbaik mula menjelma bila tak da bot nelayan lain pn yang memancing dalam masa yang sama...kat tengah-tengah laut tu cuma kami je yang ada.....cuak gak...trus hilang rasa nk teberak..

9.00pm: angin berubah arah lagi,,,bot kami tersasar daripada kawasan tukun..lampu gasolin yang dipasang seawal senja tadi digunakan untuk mencandat sotong..sesuatu benda yang pelik berlaku apabila sotong tidak naik di permukaan air...umpan udang dan anak belanak tiada pagutan sambil sotong juga tidak naik...seolah-olah sudah tahu apa yang bakal berlaku..tekong suruh kera semua tali..ombak semakin kuat...sayang xda antara kiteorg yang mampu mengeluarkan camera kerana laut bergelora kuat..aku duduk dibangku kiri bot trus meniarap kerana ombak membuatkan bot ke kiri dan kanan..

9.15pm: tekong masih lgi berusaha mencari ikan untuk kami..tetapi kami mengambil keputusan untuk pulang ke darat kerana ombak terlalu kuat dan tiada langsung bot yang berdekatan,,mungkin meraka sudah jangka pe benda nak jadi..bob sudah mabuk laut,,tido n trus berkeruh..(dajei belen)

9.30pm: bot yg kiteorang naik rasa nak terbalik kerana xmampu nak menahan geselan ombak..aku mengambil keputasan untuk mengucap je..xyakin aku boleh balik dgn keadaan air mula memenuhi lantai bot..gelap,ombak kuat,air dah masuk bot,darat jauh..peargghhhh jauh lagi nk jumpa darat...aku putus asa n ambil keputusan untuk mesej roomate aku..mungkin itu pesanan terakhir aku...tgk bob tido di bahagian depan bot..aku rasa nk tido sebab sehari sebelum trip aku langsung xtido...pikir2 balik takut tido tak bangun2..aku amik keputasan menikmati setiap saat yang mungkin menjadi saat terakhir..

9.40pm: nasib menyebelahi kami apabila tekong tidak menunggu lama kerana bot sudah xmampu bertahan..selepas mengambil penanda tukun...xckap banyak tekong trus memecut engin bot 90 menuju ke kuala perlis..,ombak terlalu kuat..aku dudk dibahagian depan bot n trus menyarap..bunyi kuat pada bahagian tengah bot bt aku mengelabah..bot rasa nak pecah..aku yang menyarap pn terpelanting...time tu dalam otak aku da pikir nk mati je..joran bersepah kt lantai bot dah xmampu aku nk cover...


10.30pm: alhamdulillah kami selamat sampai kat parking bot kuala perlis...kecewa,sedih,takut,bersyukur semuanya bercampur,,,time tu otak aku langsung xpkir pasal ikan...lega bila trik nafas dalam-dalam n aku masih lagi bernyawa...huhhh pengalaman yang xmungkin aku lupakan sepanjang idup aku...xkn dpt aku ungkapkan dgn kata-kata n xkn dpt aku gambarkan dgn lukisan,,,cukuplah sebagai kenangan..



aku rasa cukuplah sampai situ je stori aku....xsanggup untuk aku kenangkan lagi......ape2 pn layan dulu pic2 kami....gambar menceritakan segala-galanya..



viva la rassa!!!


time seronok xberingat!!


kerapu 10 kilo...


antara pemandangan yang best!!



box kail kami berempat..


nie wallpaper desktop lappy aku....cantik2..hahhaha









INI SANGAT BEST!!!!!!!!!!


























2 comments:

  1. Ada contact no bot? ingat na tron rasa tarik ikan jenahak. guide sikit tool.

    ReplyDelete
  2. cntact no dh xda lh bro sbb tkar hp,,tool tu bt tool biasa laut dlm,aku pn biasa men bottom,,xpndai lg men jig or cast.perambut ats 50paun,seeloknya tali spool guna braided..sbb kita xtau ikan ape yg sebat umpan..umpan yg paling ngam untuk mnjerat jenahak kt kuala perlis nie biasanya hirisan sotong n isi ikan kembung..

    ReplyDelete