Friday, 29 June 2012

Espana Para Siempre III


ini adalah sambungan entri "ESPANA PARA SIEMPRE II" ...seperti biasa...fans-fans germany banyak yang shitbrix kerana usaha berjaga malam bersengkang mata hanya mampu membuahkan z&k#r apabila germany selamat dihumban ke lembah yang hina....abaikankan lah team yang tiada,,jangan dikenang...meh cerita pasal team power pulak...daripada tajuk je da tau entry nye pasal ape kan...ahhh asyik-asyik cerita pasal pasukan power je,,bosan la abam....xda cerita lain ke...hahahaha xpe..sabar-sabar..mana-mana team yang telah disunatkan tu faham-faham jela ye..tolong senyap ye...tak payah lah nak jadi kambing hitam,,team kau dah kalah,,.sanggup menggadaikan maruah support team portugal,,semata-mata nak tgk spain kalah....hahahahahaha malas lah nak cerita orang-orang macam nie..terima lah hakikat yang team kamu tu banggang abadi..semua main macam faakri sharaani ada hati nak menang...

seperti biasa..euro kali ini hanya portugal sahaja yang mampu memberi debar kepada spain...team-team lain semuanya anti klimaks,,bosan dan keputusan menepati ramalan..hanya abam cristiano ronaldo yang mampu memberi gerun kepada spain...game lepas ni lawan itali...diharap itali mampu memberikan debaran kepada fans spain..mohon uefa siasat bookie-bookie bola sepak agar buffon dan rakan-rakannya mampu memberikan debaran..yelah..player itali kan terkenal dengan pasukan pemakan rasuah...cerita banyak pun tak guna kan..spain pun dah pergi final..lepas nie fans itali mesti ramai sebab fans german,portugal,england n etc semuanya dah syirik.berpaling tadah... team sendiri dah tak dapat masuk final..so murtad la support itali...
huhuhu SATU TUMBUKAN PADU KE UDARA UNTUK LA ROJAS~~~~


VIVA ESPANA.....



game yang penuh debar...walaupun menang nasib sebab menang penalti kan..cakap lah ape nak cakap..yang penting 2 julai spain main lagi..huhuhuh



spain never die!!!



abam nie yang buat gol kemenangan..bagus-bagus..huhuhuhu










INI SANGAT BEST!!








Sunday, 24 June 2012

Espana Para Siempre II...

Ini adalah sambungan dari post ESPANA PARA SIEMPRE I.. seperti sedia maklum..spain bukanlah pasukan yang mudah untuk ditongsampahkan oleh france..kepala bana apa dengan sweden pun kena tibai sampai dua bijik,siap gol terchantek euro lagi...

seperti yang dijangka..king of europe and dunia turun beraksi..korang sendiri fahamlah...spain telah menunjukkan permainan yang berdisiplin tinggi,,mengawal tempo permainan dan menguasai sepenuhnya permainan sekaligus menyunat sebelas player les blues di atas padang...tiada klimaks dan keputusan menepati ramalan..ini bukanlah kepuasan menonton perlawanan bolasepak sebenar..diharap selepas ini portugal boleh memberi saingan..mohon cristiano ronaldo memberi cabaran kepada la rojas selepas ini ye..majulah spain untuk eropah..




spain sedikit tempang tanpa villa dan puyol..tapi itu bukanlah masalah besar..



jurus tandukan berapi oleh xavi alonso....



lepas tu ape lagi..gol lah...



pemain spain meraikan kemenangan sekaligus layak ke separuh akhir bertemu portugal..




kalaulah zidane masih ada..aku percaya keputusan mungkin berubah..

sementara itu............

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>


mamak!!! rojak dua pinggan..tambah ayam dua ekoq noh!!!









INI SANGAT BEST!!




GARY NEVILLE- THE TRUE LAGEND...


seperti biasa..kelab power manchester united terkenal dengan pemain-pemain lagenda..tidak seperti pemain chelshit,,liverfool dan kelab budak tadika arsenal..dah tua semua kena jual...tak pun player da berumur semua tak perform...city tak payah cerita lah..mana ada pemain lagend..hahahaha seperti biasa,,gary neville amat terkenal dengan sikap selamanya red devil..daripada dia akedemi sampai la pencen main dengan m.u...keje dia mengutuk liverfool yang lebih dikenali dengan 'scousers'..walaupun sekarang dia dah jadi penolong jurulatih england..semangat bencikan kelab-kelab epl lain tetap ada walaupun beliau sudah bersara sebagai pemain manchester united...RESPECT SIR GARY NEVILLE!!! GLORY-GLORY MAN UNITED!!




MANCHESTER IS RED!!! NOR BLUE..





apela banggang bebenor..dah tau pakai baju kelab banggang liverfool..g amik gambar dengan gary neville..memang kene bahan la kan..hahaha









INI SANGAT BEST!!!!


Sunday, 17 June 2012

Melepak bersama geng lama..

petama sekali...elok lah untuk aku mengucapkan selamat pengantin baru kepada balqis dan suami,razif...moga berbahagia ke anak cucu..dah kawin tu doakan member-member lain kawin plak ye..asyikin,azie n atie terutamanya...,,tak sabar-sabar nak kawin katenyer..hahahahahaha eman pun sekali... (jgn ingat aku lupa nama ko)..hahahahaha..seperti biasa..ucapan seterusnya..sedap nasik minyak ko n daging tu pedas sangat..hahahahaha..

bila member-member kawin macam nie lah dapat jumpe balik ye tak..lima tahun tak jumpe korang..yela..form tiga aku cabut..memang tak rapat lah mcm yang lain..terima kasih sebab invite aku..trasa gak kalau tak ajak kan..walaupun aku tak pernah cakap dengan balqis..hahahaha.. pada member-member,,terutamanya iqbal @komeng..thanks sebab sanggup turun sampai kembang kempis hidung...pada ustaz yang tengah bertukar syif,,dengan ucapan ''ko sekarang buat apa''...tak dilupakan juga maro,aiman,kening,kenet,shah,amali,syam,ustaz,helmi,jojo,zulhusni,qamarul,budak-budak pompuan dan...sape-sape yang ada lah..semak pulak otak den nak ingat..dengan ucapan selamat bekerja n selamat menanam anggur pada yang baru habis study..huhuhuhu tak pe..lepas ni nak reunion tunggu sape-sape kawin plak ea..yang penting bukan aku lah kan..preasure gak kan,,semua tanya aku bila lagi..,, jawapannya memang sampai kapan lah kan...hahahaha 

aku malas nak bercerita lagi..pada yang tak dapat hadir tu tak apa lah..mungkin ada perkara lain yang tak dapat di elak kan..pada komeng kami semua sentiasa mendoakan jodoh anda,,kami tak kisah walaupun kantoi plate "khas" kan..kita still bro ok..hahaha dahla..cakap banyak-banyak pun tak guna..korang hadam jela gambar-gambar yang sempat aku tepek kan kat sini...mana gambar yang ada..tu jelah yang dapat aku masukkan..peace..wassalam..



selamat pengantin baru...



muka-muka yang selalu buat kecoh..kening..nasib baik kaki lembu kau ok..kalau tak,,memang tak dapat jumpe kau..hahahaha



muka memasing sama je macam 5 tahun lepas..cuma ada sikit la muka mak org..sikit lah..tak banyak..hahahahahahahaha jgn mara plak..



muka gembira lama tak jumpe...



alik-alik nie lah muka yang suka amik gambar..gasak ekau lah..



muka-muka bakal walimatul je nie..tunggu jela..tup-tup nanti adala tu..hahahaha



bergaya bersama pengantin...aku nak g amik gambar sekali..tapi nanti apa pulak orang kampung cakap..



adat menyemenda..bersatu kami,,berpisah tiada..



agak-agak bila lagi boleh lepak skali an..huhuhu ada function helo-helo lah ye..aku dengan helmi ada je tanam anggur kat sini..



ALUMNI SEMENDA FORM 5 TAHUN 2008

(semua sekali kecuali aku..huhuhu sobsobsob~~)






TAK DILUPAKAN JUGA!!!

<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<


satu post yang menarik dari abg komeng kita..terbaik!!!! 

lepas nie jangan taknak jumpa kitaorang pulak ye..bhahahaha
























INI SANGAT BEST!!




















Friday, 15 June 2012

GEMPAR!!! SINDIKET PENJUALAN MAYAT DI GEMENCHEH TELAH TERBONGKAR.




Gemencheh 14 Jun - penduduk di kampung Air Rawa disini gempar apabila terdapat sindeket penjualan mayat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Antara kes terbaru yang dilaporkan adalah kehilangan mayat yang dipercayai dilaggar di kilometer 6 jalan dari kampung air rawa menghala ke pekan Gemencheh. Mangsa dipercayai dilanggar kira-kira pukul 8.30 pagi hari ini. Pihak polis pada mulanya tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah namun selepas kes pada hari ini, kajian dan siasatan menyeluruh perlulah dilakukan secepat mungkin
      Modus operandi kumpulan ini masih lagi sedang disiasat oleh pihak polis di Gemencheh. wartawan kami sempat menemu ramah saksi yang berada di tempat kejadian, ''kira-kira pukul 8.30pagi terdapat suara yang bising dihadapan rumah saya,pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa sehingga diberitahu oleh jiran disekeliling '' kata seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai pak cik iskandar.
      Antara reaksi penduduk disekitar Gemencheh yang sempat ditemu bual mengatakan mayat yang pada mulanya mati akibat dilanggar sebuah kereta tiba-tiba lesap apabila hendak ditanam pada malam hari yang sama. Ini menimbulkan banyak spekulasi kerana sebelum ini sudah banyak berlaku kes-kes di Gemencheh. Dua orang saksi lain, Amirul Faiz dan Mohd Adib, masing-masing berumur 21 tahun berkata ''sindiket ini sangat licik dan berkemungkinan ada berkait rapat dengan sindiket pemerdagangan organ manusia antarabangsa''. Beliau juga berharap agar pihak polis dapat membuat tindakan secepat mungkin sebelum perkara yang tidak di ingini berlaku. Bagi memudahkan pihak polis untuk menyiasat kes ini. terdapat beberapa keping gambar akan disiarkan. Sesiapa yang ada melihat, mengenali dan terserempak dengan suspek diharap boleh menghubungi balai polis yang berdekatan.







antara gambar suspek yang sempat ditangkap...hahahahhahhahahahahaa kahkahkah..arwah dulu baik orangnya..sayang kene jual..free plak tu..hahhahahahaha








INI SANGAT BEST!!!


Espana Para Siempre!!

bahanag euro makin hangat,,16 pasukan bersama merebut satu piala berprestij..pasukan manakah yang bakal tersingkir?? sama-sama kita saksikan sejarah bakal tercipta di bumi ukrine dan poland...apahal ayat aku mcm dalam telebisyen je nie..hahahahahaha ok2..first aku nak translate maksud bola....bola ialah Buat Orang Lupa Awek..bg yang forever alone tu aku xdpt nk tolong lah...hahahahaha persetankan segala masalah....aku dengar belanda power..betul ke??? sblum sepak mula euro,,jurulatih belanda dah kata 'final akan menemukan pasukan orenje dan la rojas'.... kepala bana dia....dengan denmark pun buleh kalah..ditongsampahkan oleh jerman...hak3....harus di ingat..hanya spain saja yang mampu menghumban jerman ke lembah yang hina seperti yang telah dilakukan di world cup yang lepas..

arghhhh apasal cerita pasal belanda je nie??? hurmm seperti biasa terlihat sinar terang catalunya memancar...pasukan yang memegang status juara bertahan dan juara piala dunia beraksi lagi bagi mempertahankan maruah bumi andalusia...seluruh umat manusia terpana menyaksikan pasukan hebat yang degelar dengan panggilan 'la rojas'  ini membelasah dan menyunat pemain-pemain ireland tanpa belas kasihan...meskipun tanpa kehadiran 'el-guaje'..spain masih lagi boleh mengharapkn penyudah berbisa iaitu taufan yang memusnahkan (el-nino)..nasib baik torres keluar dari kelab yang hina ..kelab liverfool..kalau tak mesti dia pun main macam liverfool..terima kasih kepada torres yang telah menyumbat dua gol,,cesc  fabregas dan davil silva...kamu semua memang tidak menghampakan...berbaloi aku bersengkang mata waktu dinihari demi menyaksikan perlawanan pasukan hebat ini...walaupun aku mengakui,,corak permainan yang diterapkan  Vicente Del Bosque  kadangkala mampu membuatkan aku ngantuk kerana permainan bola hantaran pendek,,thru ball yang ringkas tetapi memerlukan disiplin yang tinggi..falsafah bolasepak sepanyol amat mudah..'siapa yang menguasai bola,,dia akan memenangi perlawanan'..setakat ball posession 70% tu benda biasa..seperti mana ireland..aku juga terkena magis permainan sepanyol,,bila tengok lama-lama sepanyol main,,jadi leka..bila dah leka lama-lama ngntuk,,bila dah ngntuk plak tiba-tiba trus gol..hahahhaha inilah klimaks sebenar pelawanan bolasepak antarabangsa....naik sakit tekak aku menjerit sampai terkeluar suara amuk..hahahahahahaahha dahla.. keputusan sepenuhnya..SPAIN 4-O REPUBLIC IRELAND....



xpayah predictions sgt lah kan..hahahahha




walaupun tanpa david villa dan carles puyol...sepanyol masih mampu menyengat pada kempen euro kali ini..



well done torres...kamu sudah berada pada kelas yang tersendiri..




jika david villa ada dalam skuad sepanyol..aku optimis sepanyol merangkul gelaran juara pada kali ini..sayangnya kaki beliau patah dan tidak sembuh sepenuhnya  sebelum kempen euro bermula....lawa sweater dia pakai tu..huhuhuhu




Viva Espana (makwe iker casillas)....














INI SANGAT BEST...








Friday, 8 June 2012

Sape nak tolong kemaskan nie cuy????

Udah seminggu aku bermastautin di rembau negeri sembilan untuk melupakan seketika segala apa yang telah aku pelajari di perlis...persetankan itu semua.,..sekarang masa untuk berhibur..hahahaha keja pa aih..lepak dulu..bak kato uwan den..'xkemano duit tu dikoja do ai,,kot banggang yolah ghisau,,ekau dah pass'...hahaha aku tersenyum penuh inzal memejamkan mata tanda puas..betul kata uwan den...hahahaha

sekarang musim durian gugur dikampung aku,,seronok betul aku sampai sedar-sedar dah seminggu aku duduk kampung ngutip buah dian,,skali pergi pagi-pagi adala lam soboleh duoboleh maun tak suko ati den..buah lak isi cantik-cantik..durian pure kampung la katakan..kompem terkesima deria rasa keenam kau kalau mentadarah buah-buah kampung nie...

antara yang sempat hadir memeriahkan majlis mengutip buah durian adalah sepupu aku,,,heri dan zaidi bersama sang isteri..ruby..,bila dah bosan menanti durian yang tidak kunjung tiba (petua org tua-tua-durian tak akan gugur kalau ditunggu ) membuatkan kami harus membuat inisiatif lain mengegar kebun buah-buahan keluarga besar kami...setelah selamat durian kat darek dan kebun makcik disetelkan,..nak pergi kebun aku,,pokok pun kecik-kecik lagi sebab tanah baru beli..selepas itu,kami terus menuju ke jalan yang lurus,,iaitu kebun mak long...nawaitu kami adalah mahu menghambat apa-apa sahaja buah buahan yang ada,,pepatah org tua ada menyebut 'orang tamak selalu untung'.maka dengan penuh rasa tanggungjawab kami telah menyebat semua buah cempedak yang ada,,,hahahahaha macam sial je ayat...

seperti biasa,,langit tidak selalunya sentiasa cerah...,,selepas mengadakan briefing dan brain storming kami mengambil keputusan mengadakan trip ke dusun durian keluarga Haji Dokan.(dusun keluarga sebelah atuk aku,kami selaku generasi keempat bakal mewarisi dusun durian ni,memang anak cucu aku kelak tak akan kehabisan stok durian..hahaha)...mengambil masa selama setengah jam untuk mendaki masuk ke dalam hutan di Senama,rembau..di depan kami terbentang dusun durian seluas empat padang bola beserta dua bahagian air terjun...terbeliak,geram, penat semuanya bermain di fikiran....disini kami mengenal erti penat,,hingga tak ada sesiapapun yang mampu mengemaskan buah durian kat sini kerana terlalu banyak..hahahaha kami bercadang akan merepeat seminggu dua lagi ke dusun ini...

itulah cerita 'musim cuti sekolah' aku..huhuhuhuhuhu



sebagai pencinta alam yang telah serasi dengan habitatnya,,tidak hairan lah jika zaidi hassan mampu bersabar menunggu durian berkunjung tiba..



ada sesapa yang boleh tolong kemaskan???? naik bosan memandang durian melata-lata..hahahaha jangan main bangsat! hahahahahaha



durian menjadi santapan rohani dan santapan minda ketika di pagi hari...moto blakang tu sengaja nak interframe..huhuhuhuhuu


memandangkan aku balik ke kampung tanpa persediaan rapi,,,aku terlupa nk bawak charger henpon aku..so xbanyak gamba yang boleh di snap...sob,,sob,sob..rugi btul....aku tinggalkan korang dengan gamba last kami kat dusun durian seluas 4 ekar nie..hahaha tak akan dapat aku lukiskan, tak akan dapat aku gambarkan,,hanya dapat ku kenangkan..hahahahah hanya yang mengalami mampu memahami..hahahhahahahaa



kami adalah generasi keempat yang bergambar di atas batu penanda nie...huhuu post kali nie aku xda nk interframe muka aku sebab tau korang da bosan tgk muka aku..hahahha





INI SANGAT BEST!!











..