Monday, 19 November 2012

memancing atau sinonimnyer mengair..


memandangkan musim sekarang nie member-member baru nak setat jadi taik mancing..nie ada sedikit maklumat mengenai nama dan teknik memancing..


Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.

Popping – Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.
Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.

Jigging – Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.

Bottom fishing – (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.

Drifting – (menghanyut) umpan terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.

Trolling – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular dilakukan siang hari.

Wednesday, 14 November 2012

Aku Sedih?? ahhhh..terfaktab jer....


dari tajuk dah gempak da..tengok rasa macam nak baca je..hahahahah banggang betul.. Hari ini kita semua bangun kepada pagi yang sejuk dan nyaman, unggas berkicauan dan terbang riang, kucing dan anjing berbaik-baik, marukku merupakan makanan ruji minggu ni, LRT berjalan lancar, drebar teksi sudi membawa anda ke destinasi yang dituju dengan menggunakan meter sementara bos tidak pula bising bila anda masuk lewat. Semuanya kerana manchester united dah klinsman..

they said ours shirt like tablecloth..remember this..where the place of tablecloth??
 of course 
TOP OF THE TABLES!!

meroyan ape tak memasal je up m.u..hahahaha...booooo boooooo...macam lembu united pun ada..hihihi.. xdala..itu cuma intro je..biasa lah..mestila kene up skit-skit....sikit2 boleh la...yang penting jangan lupa malam nie harimau malaya ada game dengan Hong Kong..semenjak dua menjak nie aku jarang update blog,,bukan ape..maklum la dah jadi penanam anggur yang berjaya nie kompem la busy sikit.hihihii walaupun "ku akui" aku sntiasa hepi dalam setiap post aku..tapi jauh dalam lubuk hati...aku sebenarnya sedih,sedih yang teramat sangat...ayat tak boleh blah la..hahahaha ok-ok..serius...tetibe je hidup aku mula rasa terfaktab....tak apa lah..yang banggang tu biarkan dia terus membanggang.,,biar miskin rupa,jangan miskin ilmu...kepada para haters yang  xda keje membaca post nie..macam biasa..only two sentences.."if you wanna play with hacker,,u must pay more time in your life"...that all..

tekperlu la aku meroyan lebih..yang penting SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!!

AAAAUUUMMMMM!!! AUUUUMMMM!!!










INI SANGAT DAN LANGSUNG XBEST!