Sunday, 9 June 2013

Bangau ohhhhh Bangau...


assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan...sudah banyak pernama blog ini sunyi sepi dek angkara laptop yang jahanam..alhamdulillah masih panjang jodoh beliau bersama aku...maaf kerana membiarin saja kamu tanpa sebarang post...berbalik kepada neraca kisah sebenar....

sedang leka aku bergotong royong membersihkan taik pusat member aku,tiba-tiba....(25 markah)

Soalan: Sambung petikan ayat berikut tidak melebihi 150 perkataan termasuk isi dan penutup.


lol...okay..ni kisah sebenarnya..,,seperti biasa,,bangau dan pemancing adalah dua benda yang tidak mungkin dapat dipisahkan,,ia diibaratkan seperti putik kapas dan tahi telinga...inilah asam boi di dalam dunia memancing,,memancing menagihkan satu tahap kesabaran yang tinggi disamping usaha yang gigih tidak mengenal arti putus asa, sanggup mengetepikan cinta kepada manusia demi cinta dan sayang kepada ikan..itulah ying dan yang dalam sukan memancing..


dipendekkan cerita..harini ialah trip first memencing air tawar bagi aku yang selama ini hanya bergelumang dengan air masin..seperti biasa trip ini diperhebatkan dengan kehadiran chef dari kuantan,mohd adib yang bersedia mencemar duli memeriahkan suasana,,tidak dilupakan juga sukri a.k.a tauke yo hoe yang sanggup mensponser bunga tayar demi menjayakan trip ini,..dan yang terakhirnya ialah is that..bukan2..yang terakhirnya ialah "is" (taikun air kosong sejuk terbesar di selatan gemencheh)..trip diperhebatkan lagi dengan meeting yang diadakan besama tekong lajen di post kawalan sekolah jalor,,masing-masing beriya mengutarakan hujah dan pendapat demi kelangsungan dunia memancing..


ahhh..penat la aku nak menaip...last-last pergi tengok port,,air laju giler,baru lepas ujan katernyer..dan hasilnya..kami dapat melancong sambil makan nasi bungkus ke lubuk kepong dan buloh kasap, lepastu belajar pasang dedak kat empangan gedok dan balik dengan hapah pun takda...kahkahkahkahkahkah ...bahagianya kami seisi keluarga...sekian..





lubuk kepong airnya deras sederas cintaku padamu..hahahaha




adat memancing.dugaan datang menguji kesabaran...tukar port ke buloh kasap, main sungai muar pun sama...takpela takda rejeki..











INI SANGAT XBEST!!






No comments:

Post a Comment