Friday, 17 October 2014

Jom Ke Pasar Malam...




oke.nak asah balik skill menulis..huhuhu..cerita di hari raya aidiladha..walaupun sedikit lama,tp disebabkan aku baru post,kira nie cerita baru lah..hahahaha nk dijadikan cerita sedang aku duduk termenung di jendela umah nenek aku,.ok tipu..sedang aku duduk termenung terberak di jamban, kebosanan kian melanda diri. lalu aku mengambil keputusan untuk keluar menikmati suasana kampung halaman terchenta ku,,dimana lagi kalau bukan di Rembau most wanted.hahahaha

walaupun raya haji di rembau tidak semeriah raya puasa,,suasana raya masih boleh dirasai kerana di bumi adat pepatih ini masih lagi kuat mengamalkan adat "mantai" setiap kali tiba musim perayaan. bayangkan lah,,hari raya cina pun nenek aku boleh bantai buat lemang,,power tak power nenek aku..hahaha mantai tu kira macam semua kumpul satu family besar dan sama-sama main masak-masak.hah.kira mcm tu la gamaknye..hehehe


nak dijadikan cerita. bosan punya pasal lah aku jumpa mamat nih.muariffah nama  kalau tak silap aku, aku kenal dia sebab roomate aku sekarang orang parit buntaq, mamat nie pames dengan lagu "haria penang haria", baru-baru nih baru dia keluar lagu baru "jom ke pasar malam"..hahahaha layan jugak lagu nie..hurmm dahla..aku malas nak menaip..aku nak tido..penat kelas..hahaha okelah..good nite..layann..





Thursday, 16 October 2014

Masih Dalam Proses Penambahbaikan.

Sudah banyak purnama jugak aku tak bukak blog ni,tah kenapa tetiba malam ni tergerak hati nak bukak,mugkin dek kerana posting someone yang memanggil-manggil aku untuk kembali aktif dalam berblogging, aku merupakan seorang manusia biasa yang suka bercerita mengenai hidup aku dan mengarang adalah satu keseronokkan..hahaha.

kesibukkan study dan serabot hidup membuatkan aku hampir tiada masa untuk menaip. insyaallah aku akan cuba meluangkan sedikit masa disini. aku sentiasa mendoakan kalian dan kamu sentiasa happy disamping family dan orang yang tersayang,moga diberi kesihatan yang baik hingga berjimba lagi.Wassalam.







Wednesday, 30 April 2014

Satu Hari Di Rembau (Rembau Anthem) (Mixology Music)


lagu yang belum di release oleh waris..waaaa best-best..banggo den jadi orang rembau..hahahhaha belum ade full lyrics sebab lagu nie tak keluar lagi..




Lirik Lagu/ Lyrics
Lagu 'Satu Hari Di Rembau' nyanyian WARIS, Karmal, Adeep, Juzzthin & Mark

Siapa malas boleh rendam di kolam panas
Berseronok di kampung...
Rembau best giler bro

Sehari di Rembau
Satu hari di Rembau
Jalan sampai ku penat
Satu hari di Rembau
Makan sampai ku berat
Satu hari di Rembau
Lepak dengan kawan
Pengalaman di Rembau
Takkan ku lupakan

Syukur alhamdulillah kepadaMu -- sederhana
Kerana tempatku penuh bermakna
---

[English verse]

note: full lyrics not yet available














INI SANGAT BEST!!

Tuesday, 18 March 2014

Pengkalan Balak Punya Cerita..

salam..cerita nie xdala sepanas cerita mahaguru raja bomoh yang haramjadah..cerita ini berkisar tentang keseronokkan bergelar seorang student yang menghabiskan liku-liku kehidupan bersama member-member yang tersayang...,nie la housemate-housemate aku bagi tahun pertama pengajian dan korang semua memang best!,,,aku xda nk merapu banyak-banyak memalam nie sbb banyak keje..hahaha biar gambaq berbicara..





rumet aku bersama lembaga ijaunya berpisah tiada..



sampai-sampai xcakap banyak dah,,cari pantai trus..peram lama dah..hahahaha




kanak-kanak riang bermain ayaq..




dan terus riang..


yeaaayyy!!



itu bukan aku ye..



malam punya cerita,,bbq plak..


ayam,ikan dan sosej telah selamat menjadi mangsa perot yang berbunyi



Taraaa!! org bujang punya keje,,tah jadi ape tah..



macam biasa,,duduk asrama nak makan kene lah beratur..



tengah hari lepak tatsat sambil menanti makan tengah hari..



Ijat yang suka selfie..





ok ngam! perut da kenyang,,boleh balik utem dan tido..yeessss best!!












INI SANGAT BEST!!

Friday, 14 March 2014

Typical Girls..

salam,,,maaf dah lama tak ngepost disini,,emangnya dikit busi dong,,bisa ngan tp nggak diijinin..hahahha ko dah kenapa cakap indon plak..huhuhuhu..anyway harini housemate-housemate aku akan bergabung,meletop pergi pengkalan balak...vacation..cewaaaahhh vacation katernyer...hahahaha oke2,,kembali ke pangkal jalan...seperti yang kita sedia maklum..lelaki dan perempuaan mempunyai sikap dan perangai yang tersendiri..melalui penelitian aku lah kan..pompuan2 nie lebih gemar hidup berpuak-puak dan sekeras-kerasnya mempertahankan cara hidup purba..pearrrgghhhh pedih jgak hayat aku nie..hahaahhaha..berbeza pulak dgn lelaki yang sedikit santai da menggemari cara hidup diplomatik...diplomatik?? ya!! nak tau kenapa? sebab lelaki jarang kutuk belakang2..kalau ada pun mesti pondan sesetengah je...bila tak puas hati,,terus sound depan-depan dan insyaallah...hasilnya sangat memberangsangkan..saya telah mencuba dan mengamalkannya,ia sangat-sangat berkesan...anda bila lagi???..

dari sudut lain,,kutuk-kutuk belakang nie tiada penyudahnya,,sampai bila-bila pun akan tarik muka..lebih baik sound depan-depan..barulah best ...tak gitu? hahahha cakap banyak pun tak guna,tembak pun tak kene? hahahahha tergelak berdekah aku bila baca status anak-anak murid aku..adoiyai..apa nak jadi lah,,depan aku semua macam unite je..belakang?? adoiyai....hihihihi oke-oke..layankan aje printscreen nie..



nak jadi ape budak-budak pompuan ni?? hishhh..tak tahu lah aku ape yang dieorang perjuangkan..hahahhaahhah









INI SANGAT BEST!!!

Sunday, 9 March 2014

Wali Band ~ Ya Allahu ya rabbi


ya allah,,ampunilah segala dosa-dosaku ya allah...bimbinglah aku ke jalan yang benar ya allah..sesungguhnya aku mahu berubah ya allah..selama ini aku hanya mengigatimu ketika aku susah,,dekatkanlah hatiku dengan mu ya allah..=_(


aku tak tahu kenapa aku rasa sdih sgt skrg ni...mimpi aku masih menghantui aku..terima kasih ya allah..

Wednesday, 5 March 2014

LungFish..Ikan Yang Sangat Best!


Lungfish atau nama saintifiknya climbing perch. (xdala..tu nama saintifik ikan puyu..hahahaha)...lungfish merupakan ikan yang pernah diceritakan oleh Nabi Musa a.s , ianya mampu bertahan selama 4 tahun tampa air...tanpa air? Ya!! itulah hakikatnya..xbest giler ayat aku..hahahhahahah Subhanallah!













VIDEO INI SANGAT BEST!!

Monday, 3 March 2014

Math Ohh Math...

assalammualaikum pmbuka bicara,,buat sahabat-sahabat yg terchenta...berdirinya saya disini adalah untuk membincangkan pelbagai masalah sosial di kalangan remaja kian membimbangkan. Dewasa ini seperti sedia maklum,masalah gejala soasial kian meningkat, ini adalah berpunca dari pemesatan lambakan teknologi sosial mahupun media massa. selain itu ibu bapa juga merupakan faktor penting terhadap pembentukkan sahsiah dan jatidiri seseorang. pepatah melayu ada menyebut "dimana biawak memanjat disitu anjing menyalak" merupakan perkara yang perlu diambil serius..serius??

ok-ok,,kali nie aku serius..hahahahaha takda kemenenge pun dengan karangan kat atas tu..aku pun tak tahu lah ape nak jadi semester ni,,study math haramjadah tak paham apa,,dalam kelas nak bertanya kawan-kawan pun disuruh senyap,,semester lepas merupakan kenangan manis dimana aku start suka math. disekolah aku merupakan student yang tak suka buat kerja math,,aku lebih rela lari 20 pusingan padang dari menyelesaikan soalan "x" dan "y" yang aku sendiri tidak faham ape yang cuba diperjuangkan oleh pencipta algebra itu sendiri. tidak hairanlah ketika aku menjadi cikgu di sekolah lama aku, hampir semua cikgu-cikgu lama masih ingat aku sebab aku tak suka buat kerja math..hahahahaha apa-apa pun terima kasih kepada guru-guru lama kerana sentiasa mendoakan aku,,duduk di bilik guru bergurau senda dengan guru-guru yang dahulunya kamu takuti merupakan satu kenangan manis yang sampai bila-bila aku akan ingat. masih aku ingati ayat salah seorang guru aku.pn Azlina. "mir,,kau nak jadi apa,ayah cikgu tapi anak pemalas kerja tak siap,kau kalau terus macam ni memang takkan jadi orang!"..aku bukannya taknak buat,,tapi aku seorang yang pendiam di kelas..but after 10 years..

aku duduk di sebelah table guru math aku.masih aku ingat ayatnya kepada guru-guru baru..penuh bangga dia bercakap "ni dulu anak murid saya,,dulu saya sekeh-sekeh je dia ni,,dah berjaya dah dia" kemudian dia pandang aku dan cakap "kau dah ubah pndangan sy,sblum ni sy ingat budak-budak bermasalah selalu kena denda memang meraka tak minat belajar,tuh dalam kelas 4 Arif ramai budak-budak macam kau"..aku hanya mampu tersenyum dan kebetulan aku mengajar subject bahasa inggeris untuk kelas 4 Arif selepas rehat. ada diatara murid-murid ku yg bertanya tentang perangai aku dahulu. salah satunya soalannya berbunyi "sir,i hear from teacher Azlina, time kecik2 sir selalu kena denda"..dengan senyuman aku membalas "this field make me to be a "person", kalau korang lari,korang akan jumpa busut kecik kat line no 2  di selekoh first dan time hujan, line no 1 sampai 4 memang akan becak, sir dah hafal sudut padang ni tau tak! "..seraya satu kelas ketawa besar..hahahaha.

dah-dah..malas la aku cerita..korang bukan nak baca..huhuhu kembali kepada tajuk utama. walau apapun jadi aku akan try pahamkan math calculus tu walaupun tah ap-ape..arghhhh wish me luck 4 this "killer subject" in this semester..ganbate2!! puiiii..buat semangat lebih..dahlah..aku nak bukak buku tadi. tiba-tiba tertaip plak kat sini..hahahahha 



pemandangan dari lab math aku..jauh lagi perjalanan hidup aku..cammon mer..u can do it!!!











INI SANGAT TAK BEST!!!



Thursday, 27 February 2014

HILANG???







Durian Tunggal,27 Feb- Kira-kira seramai lebih kurang 26 orang penuntut tahun satu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat ,Universiti Teknikal Malaysia Melaka dilaporkan telah "hilang", Siasatan awal mendapati, sekempulan mereka kali terakhir dilihat pada pukul 1 tengahari di kafeteria 2 berhampiran Pusat Persatuan Pelajar. 
"kali terakhir saya lihat mereka semua bergurau senda dan tidak mengsyaki apa-apa sehinggalah kejadian ini di war-war kan di fakulti", kata Ahmad Faez, salah seorang pelajar tahun dua Fakulti Teknologi Pembuatan.."saya sungguh terkejut dan tidak menyangka semua ini berlaku dalam sekelip mata,mujur saya tidak pergi ke kelas pada petang ini,kes ini haruslah disiasat!", tegas Ahmed Pitta, salah seorang pelajar antarabangsa yang berasal dari Sudan. Pihak universiti telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan kes sedang dalam siasatan. Diharap sesiapa yang mempunyai maklumat dapat memberi laporan di balai polis berhampiran.


P/S: aku dengar student-student nie dilaporkan "missing" time jawab kuiz kat kelas Calculus..hahahahhahahah GUD LUCK MEMBER2 BITC!!










INI SANGAT BEST!!



Wednesday, 26 February 2014

Air Panas Gadek..

Assalammualaikum dan selamat menyambut tahun baru cina (tiba-tiba)..memandangkan gamba nie di snap time cuti raya cina haritu dan aku baru ada masa nk post..hahaha ermm aku still xda mood nak mengarut panjang-panjang macam dulu..tengok la post-post di kemudian hari nanti mane la tau kot mencurah-curah pulak idea...huhu kembali kepada tajuk asal...

1) sedang leka aku dan rakan-rakan bermain air tiba-tiba...........

arahan: (sila sambung petikan ayat berikut tidak lebih dari 150 patah perkataan) (50 markah)



hahaha...tringat time kecik-kecik dulu buat karangan kat skolah..mcm tu la gamaknye bunyik soalannya..hahahaha oke2...(yang ini serius)..t.kasih kpd member-member kerana mengorbankan masa untuk anak-anak demi melepak dengan member2 lama..hahaha (perot masing-masing macam abah orang)..gamba nie disnap di kolam Air Panas Gadek, Melaka Darul Aman..





member-member dari kecik@tadika..susah senang mcm2 kita rasai bersama..



black bandana!


dah mcm ape dah..



semangat!!! 



no 7 represent to????




nice..walaupun xsemua ada sebab masing-masing sibuk,,ade yg keje n mcm2 lg...btw..thanks to be a part of my life..








INI SANGAT BEST!!!



Nasyid - Nostalgia (Shoutul Amal)

ermm first time aku dgr lagu nie time aku skola agama dulu..tah kenapa aku termimpi lagu ni tadi..tu la akibatnya tido petang..hahahahhahaha jarang aku bukak blog...busy study..cewahhh..btw hdp aku alhmdulillah ok..cuma..hurmmm.takda apela...

ok lirik

Terkenang sebuah memori lalu,
Kisah persahabatan kita bersama,
Di dalam satu pengajian,
Menuntut ilmu dan pengalaman,
Mengigatkanku pengorbananmu,
Terpahat padu di kalbuku,

Bersama rakan,taulan dan guru,
Tawa riangmu menghiburkan hatiku,
Indahnya suasana ketika itu,
Terjalin ukhuwah sejati,


Nasihatmu sugguh bermakna bagiku,
Mengenalkan erti Kehidupan,
Susah payah kita hadapi bersama,
itulah asam garam dalm kehidupan,

Ya Tuhanku tabahkan hatinya,
Kuatkan semngatnya untuk menghadapi hidup,
Limpahkan magfirah dan kasih sayangmu,
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat..